Bahasa Jiwa Bangsa

Fikir Secara Kritis

Rumusan dan Pemahaman Petikan Umum (SPM) Ogos 6, 2007

Filed under: SPM (PENULISAN) — mamaaina @ 9:05 am

 

Pemarkahan

  • Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah

  • 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa

  • Pengenalan – 2 markah

  • Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah

  • Kesimpulan – 2 markah

  • Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

 

Perenggan

  • Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:

  • Perenggan 1 – Pengenalan

  • Perenggan 2- Isi-isi tersurat

  • Perenggan 3 – Isi-isi tersirat

  • Perenggan 4 – Kesimpulan

 

Bilangan Perkataan

  • Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.

 

Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Panduan Menulis Rumusan

 

Pendahuluan

  • Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.

     

  • Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)

    Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :

    1) Unsur 1– Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang menyatakan isi tersurat.

    2) Tema Petikan

    3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.

     

  • Contoh Ayat :

    Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

    1) Unsur 1Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).

    2) Tema Petikan – Banjir Kilat

    3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.

 

  • Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.

    Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.

 

  • Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam bahagian pengenalan.

 

  • Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1) markah sahaja.

    1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”

    2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai tersirat.)

    Isi -isi Tesurat

     

  • Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam soalan.

     

  • Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu, pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.

     

  • Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan.

  • Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.

     

  • Contoh-contoh isi tersurat:

    1- Hujan lebat hampir dua jam

    2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.

    3- Tiada sistem amaran awal.

    Jawapan lengkap;

    Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isi-isi Tersirat

 

  • Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.

     

  • Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau kata kunci kedua dalam soalan rumusan.

 

 

Kesimpulan

 

  • Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :

     

    Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/kerana………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan)

     

  • Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.

     

 

 

 

 

 

 

 

 

Karangan Berdasarkan Ransangan Ogos 2, 2007

Filed under: SOALAN LATIHAN SPM — mamaaina @ 7:45 am

Projek Rumah Terbengkalai

Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

 

Latihan membina ayat Ogos 1, 2007

Filed under: SOALAN LATIHAN SPM — mamaaina @ 9:02 am

Tuliskan ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelaa menunjukkan perbezaan maknanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan , menukarkan imbuhan , atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) memperisteri

(ii) memperbanyak

(iii) memperlekeh

(iv) memperkembang

(v) memperhamba

(vi) memperbesar

 

Membina Ayat

Filed under: SPM (TATABAHASA) — mamaaina @ 8:40 am

Soalan Kertas 2 Bahagian 3 (a) – 6markah

Tips :

– Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.

– Jika pelajar melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.

– Pelajar haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.

– Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :

1) Nizam menaikkan bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)

2) Nizam menaiki bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)

Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa. Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya. Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.

 

Simpulan Bahasa

Filed under: SIMPULAN BAHASA — mamaaina @ 5:00 am

Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat.

Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknayan akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.

A

Abang angkat – Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri. 

Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu orang lain .

Abu Jahal – Orang yang jahat.

Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.

Ada bakat -mempunyai kebolehan.

Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan tertentu.

Ada Hati – Mempunyai keinginan

Ada Jalan –  Mempunyai Cara

Ada Perangai – Ada tingkah laku yang kurang baik.

Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.

Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada kuasa

Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang lain supaya berpecah belah.

Adu Kening – Diperhendapkan atau diketemukan.

Air Bujang – Hidangan minuman sahaja tanpa kuih

Air Emas – Sesuatu yang diingati selama-lamanya

Air mati -Air kosong yang sudah dimasak

Air Muka– Wajah atau nama baik

Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh

Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah dan muslihat

Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea

Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat

Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk menahan daripada lapar

Ambil Angin – Bersiar-siar

Ambil Berat – Mengambil Tahu

Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

Anak Gahara – Anak raja daripada pemaisuri.

B

Bau-bau bacang – Pertalian keluarga yang jauh.

Beralih akal – Berubah fikiran atau pendapat.

Beralih angin – Bertukar tempat, ke suatu tempat untuk berehat.

Bergadai nyawa – Sanggup memberhayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu.

Berhati batu – Bersifat degil, tidak berasa kasihan .

Berhati waja – Tidak mudah kecewa.

Bermuka dua – Tidak jujur @ belot.

Bertikam lidah – Bertengkar @ berdebat.

Buah Mulut – Perkara yang menjadi sebut-sebutan.

Bulat Hati – Ikhlas , tetap hati dan bersungguh-sungguh.

Buruk Siku – Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.

C

Campur Tangan – Turut serta dalam urusan orang lain.

Cepat Tangan – Suka mencuri.

D

Dalam Tangan – Pasti perolehi.

Darah daging – Anak kandung.

Daya Fikir – Kekuatan Fikiran.

G

Gaji buta – Gaji yang diterima dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh.

Gila Bahasa – Kurang waras fikirannya.

 

Berkongsi Soalan

Filed under: SOALAN RAMALAN SPM,SOALAN RAMALAN UPSR — mamaaina @ 4:07 am

Anda diminta untuk menghantar soalan ramalan untuk berkongsi bersama dengan pelajar yang lain.Anda boleh menghantar kepada alamat e-mel saya.