Bahasa Jiwa Bangsa

Fikir Secara Kritis

Soalan Karangan Berpandukan Ransangan Julai 31, 2007

Filed under: SOALAN LATIHAN PMR — mamaaina @ 9:04 am

Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang Kepentingan amalan permakanan yang seimbang.Panjangnya huraian anda anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

 

Karangan Berpandukan Bahan Ransangan

Filed under: PMR (PENULISAN) — mamaaina @ 8:58 am

 

Panduan Menulis

1- Baca soalan dengan teliti dan GARIS kata kunci.

2- Teliti bahan ransangan dan catatkan isi-isi penting yang diperoleh daripada bahan ransangan.

3- Catatkan isi-isi lain yang berkaitan dengan bahan ransangan.

4- Buat rangka karangan yang mengadungi pendahuluan,isi dan penutup.

5- Tulis karangan dengan selengkapnya dan kemas.

6- Kira jumlah dan semak karangan.

 

Rumusan

Filed under: SPM (PENULISAN) — mamaaina @ 8:43 am

Panduan merumuskan petikan

1- Menganalisis Soalan – Baca arahan dengan teliti untuk mengetahui kehendak soalan (kata kunci)

2- Membaca Petikan – Baca petikan sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran secara kasar.

2- Menulis Pendahuluan – Tulis keseluruhn KATA KUNCI dan tambah ISI SAMPINGAN daripada teks petikan.

3- Menulis Isi Tersurat – Isi yang diperoleh secara langsung dari teks.Biasanya terdapat tidak kurang dari 10 isi.

4- Menulis Isi Tersirat – Isi yang diperoleh menerusi pemahaman daripada isi tersurat dalam teks.Sekurang-kurangnya 2 isi tersurat.

5- Menulis Kesimpulan – Pendapat, pandangan atau cadangan tentang isu petikan tersebut.

Tips:

– Markah Rumusan = 30 Markah (20 isi + 10 bahasa)

– Markah bahasa biasanya separuh daripada markah isi.

– Jika menyalin bulat-bulat petikan tersebut walaupun kurang daripada 120 p.p calon akan diberi markah 0.

– Jika bahasa yang di gunakan agak baik diberi 1 markah, jika tidak baik ditolak 1 markah.

– Rumusan yang kurang daripada 120 patah perkataan tidak akan ditolak markah.

-Rumusan yang melebihi 120 patah perkataan penilaian hanya akan dibuat setakat 120 patah perkataan sahaja.

Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai SATU PERKATAAN

NAMA KHAS, PERKATAAN BERULANG, PENGGUNAAN KATA ‘di’ DAN ‘ke’ , TARIKH, ANGKA YANG DITULIS DENGAN NOMBOR DAN PERKATAAN , GELARAN

 

Latihan Tatabahasa

Filed under: SOALAN LATIHAN UPSR — mamaaina @ 8:14 am

1- Encik Nizam ______ apabila menurut sahaja kemahuan isterinya tanpa  membantah sedikit pun.

A) seperti kera mendapat bunga       B) seperti ayam berak kapur

C) seperti ikan kena tuba                    D) seperti kerbau dicucuk hidung  

2- Adik dan abang akhirnya berbaik-baik semula setelah sekian lama bermasam muka.Kata orang _____________________.

A) di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung

B) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

C) diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

D) bagaimana acuan begitulah kuihnya.

3- Pasangan pengacara majlis itu sama cantik dan sama padan __________.

A) seperti limau masam sebelah           B) seperti rumah atas tanah

C) seperti pinang dibelah dua                D) seperti anjing dengan kucing

                                                                                    

 

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Filed under: SPM (TATABAHASA) — mamaaina @ 7:46 am

Panduan untuk menukarkan AYAT  CAKAP AJUK  kepada AYAT CAKAP PINDAH /

                                                   PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH

1- Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ‘sudah, mahu , pergi’

2- Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.

3- Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.

4- Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri ‘saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’  dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.