Bahasa Jiwa Bangsa

Fikir Secara Kritis

Simpulan Bahasa Ogos 1, 2007

Filed under: SIMPULAN BAHASA — mamaaina @ 5:00 am

Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat.

Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknayan akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.

A

Abang angkat – Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri. 

Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu orang lain .

Abu Jahal – Orang yang jahat.

Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.

Ada bakat -mempunyai kebolehan.

Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan tertentu.

Ada Hati – Mempunyai keinginan

Ada Jalan –  Mempunyai Cara

Ada Perangai – Ada tingkah laku yang kurang baik.

Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.

Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada kuasa

Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang lain supaya berpecah belah.

Adu Kening – Diperhendapkan atau diketemukan.

Air Bujang – Hidangan minuman sahaja tanpa kuih

Air Emas – Sesuatu yang diingati selama-lamanya

Air mati -Air kosong yang sudah dimasak

Air Muka- Wajah atau nama baik

Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh

Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah dan muslihat

Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea

Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat

Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk menahan daripada lapar

Ambil Angin – Bersiar-siar

Ambil Berat – Mengambil Tahu

Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

Anak Gahara – Anak raja daripada pemaisuri.

B

Bau-bau bacang - Pertalian keluarga yang jauh.

Beralih akal – Berubah fikiran atau pendapat.

Beralih angin – Bertukar tempat, ke suatu tempat untuk berehat.

Bergadai nyawa – Sanggup memberhayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu.

Berhati batu – Bersifat degil, tidak berasa kasihan .

Berhati waja – Tidak mudah kecewa.

Bermuka dua – Tidak jujur @ belot.

Bertikam lidah – Bertengkar @ berdebat.

Buah Mulut – Perkara yang menjadi sebut-sebutan.

Bulat Hati – Ikhlas , tetap hati dan bersungguh-sungguh.

Buruk Siku – Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.

C

Campur Tangan – Turut serta dalam urusan orang lain.

Cepat Tangan – Suka mencuri.

D

Dalam Tangan - Pasti perolehi.

Darah daging – Anak kandung.

Daya Fikir – Kekuatan Fikiran.

G

Gaji buta – Gaji yang diterima dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh.

Gila Bahasa – Kurang waras fikirannya.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.