Bahasa Jiwa Bangsa

Fikir Secara Kritis

Karangan Berpandukan Bahan Ransangan Julai 31, 2007

Filed under: PMR (PENULISAN) — mamaaina @ 8:58 am

 

Panduan Menulis

1- Baca soalan dengan teliti dan GARIS kata kunci.

2- Teliti bahan ransangan dan catatkan isi-isi penting yang diperoleh daripada bahan ransangan.

3- Catatkan isi-isi lain yang berkaitan dengan bahan ransangan.

4- Buat rangka karangan yang mengadungi pendahuluan,isi dan penutup.

5- Tulis karangan dengan selengkapnya dan kemas.

6- Kira jumlah dan semak karangan.

 

Ringkasan,Pemahaman

Filed under: PMR (PENULISAN) — mamaaina @ 6:20 am

 

Tips dalam meringkaskan karangan

1- Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi bedasarkan kehendak soalan.

2- TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong-motong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.

3- Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.

4- Tulis hanya SATU ISI  dalam SATU AYAT.

5- Ayay-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.

6- Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.

7- Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menhubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat.Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)

8- Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan.Contohnya, ‘para pelajar'(2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar'(1 perkataan)

9- Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan.(TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan)

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.