Panduan merumuskan petikan
1- Menganalisis Soalan – Baca arahan dengan teliti untuk mengetahui kehendak soalan (kata kunci)
2- Membaca Petikan – Baca petikan sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran secara kasar.
2- Menulis Pendahuluan – Tulis keseluruhn KATA KUNCI dan tambah ISI SAMPINGAN daripada teks petikan.
3- Menulis Isi Tersurat – Isi yang diperoleh secara langsung dari teks.Biasanya terdapat tidak kurang dari 10 isi.
4- Menulis Isi Tersirat – Isi yang diperoleh menerusi pemahaman daripada isi tersurat dalam teks.Sekurang-kurangnya 2 isi tersurat.
5- Menulis Kesimpulan – Pendapat, pandangan atau cadangan tentang isu petikan tersebut.
Tips:
- Markah Rumusan = 30 Markah (20 isi + 10 bahasa)
- Markah bahasa biasanya separuh daripada markah isi.
- Jika menyalin bulat-bulat petikan tersebut walaupun kurang daripada 120 p.p calon akan diberi markah 0.
- Jika bahasa yang di gunakan agak baik diberi 1 markah, jika tidak baik ditolak 1 markah.
- Rumusan yang kurang daripada 120 patah perkataan tidak akan ditolak markah.
-Rumusan yang melebihi 120 patah perkataan penilaian hanya akan dibuat setakat 120 patah perkataan sahaja.
Panduan mengira perkataan
- Perkataan yang dikira sebagai SATU PERKATAAN
NAMA KHAS, PERKATAAN BERULANG, PENGGUNAAN KATA ‘di’ DAN ‘ke’ , TARIKH, ANGKA YANG DITULIS DENGAN NOMBOR DAN PERKATAAN , GELARAN
saya ingin bertanya satu soalan.berapakah isi tersurat dan tersirat yang perlu ada dalam rumusan ?
terima kasih